




Pertubuhan Integrasi Nasional (PPM-008-10-21012016) atau ringkasnya “PIN” adalah sebuah organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Ianya ditubuhkan pada 21 Januari 2016 untuk memberi khidmat bantuan kepada masyarakat berbilang kaum terutamanya di kalangan ahli pertubuhan ini.
Matlamat Penubuhan PIN
- Berperanan sebagai penghubung di antara rakyat dan kerajaan melalui penyelarasan dan perlaksanaan projek – projek serta dasar kerajaan dengan cekap dan berkesan bagi memajukan taraf hidup sosio ekonomi rakyat selaras
dengan Wawasan 2020. - Memberi khidmat nasihat yang cekap, berkesan dan memuaskan hati.
- Melaksanakan aktiviti yang berfokuskan membasmi serta mengurangkan kemiskinan diperingkat akar umbi melalui program-program berbentuk ekonomi, fizikal, infrastruktur dan kemasyarakatan.
- Mewujudkan masyarakat perindustrian dan komersial diperingkat akar umbi melalui program-program perindustrian kecil diperingkat bandar dan luar bandar
- Mewujudkan satu sistem pentadbiran NGO bermasyarakat majmuk yang cekap, berkesan dan adil.
Visi
Meningkatkan kesefahaman dan toleransi antara kaum dan berperanan sebagai mediator komuniti untuk meningkatkan keharmonian masyarakat
Misi
- Memelihara keharmonian masyarakat melalui pelaksanaan program perpaduan
- Menjadi pengantara bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat
- Menjadi badan organisasi yang dihormati
oleh masyarakat setempat dalam pembangunan sosio ekonomi masyarakat
